23 Oktober 2016 - 07:43
Pertempuran Bermula Semula Di Aleppo Selepas Gencatan Senjata Tamat.

Pertempuran di antara tentera kerajaan dan para militan serta pengganas telah tercetus semula di bandar Aleppo setelah gencatan yang diumumkan oleh Rusia secara unilateral tamat pada hari Sabtu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertempuran di antara tentera kerajaan dan para militan serta pengganas telah tercetus semula di bandar Aleppo setelah gencatan yang diumumkan oleh Rusia secara unilateral tamat pada hari Sabtu.

Gencatan senjata tersebut tamat pada petang Sabtu selepas gencatan itu sebelumnya diperpanjangkan sehari pada hari Jumaat. Gencatan itu diumumkan bagik membolehkan penduduk awam untuk meninggalkan kawasan yang dikuasai oleh para militan khususnya di kawasan timur bandar itu.

Sepanjang gencatan senjata tersebut, 8 buah koridor kemanusiaan telah dibuka untuk membenarkan orang awam meninggalkan bandar tersebut. Malangnya, menurut laporan koridor itu jarang sekali dapat digunakan.

Menurut seorang pegawai tinggi tentera Rusia, Sergei Rudskoi, para militan sepanjang tempoh gencatan senjata telah menghalang orang awam unutk menggunakan koridor tersebut kerana mahu menjadikan mereka sebagai perisai manusia dalam menangkis serangan tentera kerajaan dan sekutu mereka.

"Para pengganas menggunakan tempoh tersebut untuk kebaikan mereka sendiri... Kami memerhatikan bahawa mereka sedang berkumpul di sekitar Aleppo dalam rangka melancarkan serangan baharu ke atas wilayah barat bandar tersebut (yang ini dikuasai oleh tentera Damsyik," tambah beliau.